Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada memerimaku. Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling bantu membantu memikul amanah dakwah agamaMu. Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai atas landasan redhaMu, teguhnya atas cinta padaMu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu. Ya Allah, bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amin.


Sunday 5 February 2012

Ya Muslimin, Shallu 'Alaihh !

Assalamualaikum.



Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Muslim di dunia yg fana ni. Eventhough, aku tahu bukan semua orang baca and boleh faham apa aku nak sampaikan, lebih lebih lagi mereka yang tak ada basic Bahasa Melayu. Tapi aku tak kira, aku nak cakap jugaaaa ! Hihi. By the way, dalam salah satu Hadis Baginda ada menyatakan, dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam bersabda:


Sampaikan dariku walau satu ayat.


(Hadith Riwayat Al-Bukhari)



K sebenarnya post ni ter-awal sehari sebelum tarikh sebenar Maulidur Rasul, tapi tak apa lah, aku proceed je kay. K tahun ni Maulidur Rasul jatuh pada tarikhhh : 6 Februari 2012 M bersamaan 12 Rabiulawal 1433 H.



Sebagaimana yg kita semua dah sedia maklum, Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam merupakan seorang utusan Allah, rasul dakwah, rasul tarbiyah yg sayang sangat sangat pada umatnya, bahkan waktu malaikat maut datang nak cabut ruh Rasulullah, Baginda risau sangat sangat tentang nasib umatnya. Siapa umatnya ? Kita lah ! Tapi apa yg kita dah buat utk balas kasih sayang Baginda terhadap kita ?



Cuba eh, korang bayangkan. Korang sayang sangat sangat kat someone ni, bahkan time korang sakit korang risau fikir dia tu dah makan belum, sihat ke tak. Then dia tu buat tak tahuuuu je dengan korang. Tak jaga hati korang, hina korang macam macam. Apa korang rasa ? Rasa tak dihargai, kan. Sooo, kalau kita tak nak orang buat macam tu dekat kita, kita janganlah buat cenggitu kat orang. Jadi, kita kena lah balas kasih sayang Baginda dengan berselawat ke atas Baginda Sallalahu'alaihi Wasallam :)



Sambil tu, jom hayati apa mesej yg nak disampaikan dalam setiap bait lirik video ni, sambil tu kita boleh berselawat jugaaa ! *Sebelum tu, pause lah dulu lagu kat bawah tu, hihi*










Allahumma Shalli'alaa Saiyidina Muhammad Wa'alaa Aalihi Wasahbihi Wasallim





Tweet : Siapa yang sayang Rasulullah, jom selawat baaaaanyak banyak !




Wednesday 1 February 2012

Indah !

Assalamualaikum. Entri kali ni panjang sikit, tapi menarik :)

Okay, hari ni aku nak kongsi satu benda yang sangat sangat cantik. Budak perempuan suka lah benda cantik cantik macam ni. Benda ni jarang ada tau. Kalau ada pun selalunya kat kutub sana nun, nak kena naik kapal terbang, tu pun kalau ada rezeki ang jumpa lah benda indah cenggini. Ikut nasib. Ni ha benda indah tu.





Sebelum tu aku intro dulu lah macam mana cahaya ni boleh terjadi sejak akhir akhir ni. Korang pernah tak dengar pasal badai solar matahari ? Kalau tak pernah, cuba tengok post sebelum ni.
Ha, cahaya indah ni sebenarnya dikenali sebagai 'Borealis Aurora'. Aha, aku tahu mesti korang ingat lagu Aurora tu kan, ha, asal nama lagu tu dari cahaya indah ni la. Haha, korang da tertipu ni.
Ok, masuk tajuk balik.





Bumi dihujani dengan sinaran cahaya yang indah di langit pada waktu malam adalah disebabkan oleh ribut solar terbesar dalam tempoh lebih enam tahun. Pertunjukan cahaya indah ni telah dikesan kelihatan di Norway, Iceland dan UK. Borealis aurora adalah disebabkan oleh zarah dari matahari berlanggar dengan atom sehingga ke luar kawasan atmosfera bumi dari jarak 60 hingga 200 kilometer.





Keindahan cahaya ini dapat dilihat jauh hingga ke Selatan kerana letusan solar yang amat kuat telah menyebarkan zarah atau partikel. Aliran zarah ini bergerak jauh dari matahari pada kelajuan antara 1juta hingga 4 juta batu sejam mengarah ke kutub utara dan selatan bumi yang mempunyai kawasan medan magnet selepas berlakunya peristiwa-peristiwa yang dipanggil 'coronal mass ejections' pada permukaan matahari.





Hak ni aku paling suka sebab dia bird-like shape. Cantik, kan ?




Pertembungan atom elektron sama ada dengan oksigen atau nitrogen berlaku apabila mereka melanda ruang angkasa bumi menghasilkan pembentukan cahaya warna hijau, merah, biru atau ungu. Keseluruhan ruang angkasa di antara bumi dan Musytari hanya dipenuhi dengan proton menjelaskan mengapa kesan cahaya indah dapat dilihat di beberapa tempat selama beberapa hari. - Credit to Orang Muo lagi.



Ha, hebat tak hebat ciptaan ALLAH. Subhanallah :)




Tweet : Kalau boleh buat sendiri cahaya cenggini, satu rumah aku cahayakan. Hakhak !




Badai Matahari, bahayakah ?

Assalamualaikum.

Ini post pertama aku untuk tahu dua ribu dua belas ni. Jadi aku nak start dengan apa yg tengah terjadi dengan dunia ni sekarang. Aku tahu, tak ramai yang sedar benda ni. Hakhak , ang toksah tipu aku, aku tahu tu. Eceh.

Aku selalu blogwalking dan ikuti update satu blog ni. Aku suka baca entri entri dia yang penuh dengan informasi yang kadang aku tak terfikirkan pun fasal tu. Biasalah, orang dah lama tak guna otak dia untuk cerna ilmu kadang kala nak makan pun boleh lupa, ye dak ? Hahak. Penangan Facebook la ni. Dah, melalut je lebih, mana badainya ?

Okay, meh aku kongsi apa yang aku dapat dari blog tersebut. Enjoy.









*Ni baca intonasi ala ala berita sikit.
Stanford - Ledakan matahari membuat Bumi dihujani partikel energetik dan radiasi skala tinggi. Fenomena ini akan lebih kerap terjadi dan memuncak pada tahun 2013. Peramal cuaca dari South African Space Weather Office, Kobus Olckers, menasihati masyarakat supaya tidak melakukan aktiviti di luar ruangan semasa badai berlaku kerana peningkatan aktiviti matahari menghasilkan paparan radiasi ultraviolet dalam jumlah besar. Jika terpaksa, gunakan alat pelindung suria dengan efektiviti tinggi, minimum SPF 45.

Ahli astronomi dari Stanford University Todd Hoeksema mengatakan, radiasi ultraviolet meningkat hingga ribuan kali ganda ketika terjadi ledakan matahari. Namun, jumlah itu hanya terasa ketika manusia berada di luar angkasa atau di angkasa lepas. Di permukaan bumi, jumlah radiasi ultraviolet sama dengan kondisi normal. Bagaimana bumi mengatasinya?

Manusia beruntung tinggal di Bumi yang memiliki atmosfera. Lapisan udara setebal 400 kilometer ini menahan limpahan sinar ultraviolet. Partikel di atmosfera akan memecah atau hancur dan menyerap energi berbahaya tersebut. Menurut Hoeksema, perlindungan ini dilakukan pada ketinggain 120-160 kilometer di atas permukaan Bumi. Namun, selalu ada kebocoran semasa proses ini menyebabkan berlakunya tambahan radiasi ultraviolet di permukaan bumi dan menjilat kulit manusia tetapi, ini bukan hal yang berbahaya.

"Peningkatan radiasinya minimum. Catatan sejarah menunjukkan bahwa hujan radiasi ini terjadi hanya beberapa kali ketika matahari sangat aktif sekalipun." -Credit to : Orang Muo

Tambahan sikit. Badai matahari ni boleh mengganggu radar kapal terbang dan yang seangkatan dengannya. Cuba korang bayangkan satu hari nanti dunia tanpa internet. Ha, amacam, haru kan. Ha, itu lah yang aku duk maksudkan dari awal tadi. Seram kan badai ni. Ni lah tanda tanda kiamat.

Tweet : Jadi, sama samalah kita menginsafi diri ni. Hihi.