Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada memerimaku. Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling bantu membantu memikul amanah dakwah agamaMu. Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai atas landasan redhaMu, teguhnya atas cinta padaMu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu. Ya Allah, bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amin.


Wednesday 1 February 2012

Indah !

Assalamualaikum. Entri kali ni panjang sikit, tapi menarik :)

Okay, hari ni aku nak kongsi satu benda yang sangat sangat cantik. Budak perempuan suka lah benda cantik cantik macam ni. Benda ni jarang ada tau. Kalau ada pun selalunya kat kutub sana nun, nak kena naik kapal terbang, tu pun kalau ada rezeki ang jumpa lah benda indah cenggini. Ikut nasib. Ni ha benda indah tu.





Sebelum tu aku intro dulu lah macam mana cahaya ni boleh terjadi sejak akhir akhir ni. Korang pernah tak dengar pasal badai solar matahari ? Kalau tak pernah, cuba tengok post sebelum ni.
Ha, cahaya indah ni sebenarnya dikenali sebagai 'Borealis Aurora'. Aha, aku tahu mesti korang ingat lagu Aurora tu kan, ha, asal nama lagu tu dari cahaya indah ni la. Haha, korang da tertipu ni.
Ok, masuk tajuk balik.





Bumi dihujani dengan sinaran cahaya yang indah di langit pada waktu malam adalah disebabkan oleh ribut solar terbesar dalam tempoh lebih enam tahun. Pertunjukan cahaya indah ni telah dikesan kelihatan di Norway, Iceland dan UK. Borealis aurora adalah disebabkan oleh zarah dari matahari berlanggar dengan atom sehingga ke luar kawasan atmosfera bumi dari jarak 60 hingga 200 kilometer.





Keindahan cahaya ini dapat dilihat jauh hingga ke Selatan kerana letusan solar yang amat kuat telah menyebarkan zarah atau partikel. Aliran zarah ini bergerak jauh dari matahari pada kelajuan antara 1juta hingga 4 juta batu sejam mengarah ke kutub utara dan selatan bumi yang mempunyai kawasan medan magnet selepas berlakunya peristiwa-peristiwa yang dipanggil 'coronal mass ejections' pada permukaan matahari.





Hak ni aku paling suka sebab dia bird-like shape. Cantik, kan ?




Pertembungan atom elektron sama ada dengan oksigen atau nitrogen berlaku apabila mereka melanda ruang angkasa bumi menghasilkan pembentukan cahaya warna hijau, merah, biru atau ungu. Keseluruhan ruang angkasa di antara bumi dan Musytari hanya dipenuhi dengan proton menjelaskan mengapa kesan cahaya indah dapat dilihat di beberapa tempat selama beberapa hari. - Credit to Orang Muo lagi.



Ha, hebat tak hebat ciptaan ALLAH. Subhanallah :)




Tweet : Kalau boleh buat sendiri cahaya cenggini, satu rumah aku cahayakan. Hakhak !




No comments:

Post a Comment