Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada memerimaku. Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling bantu membantu memikul amanah dakwah agamaMu. Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai atas landasan redhaMu, teguhnya atas cinta padaMu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu. Ya Allah, bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amin.


Friday 12 July 2013

End of Transition, Starting For Real

Assalamualaikum, well hello there world !

Hmm, zaman transition dah berlalu. Sekejap rasanya setahun Tamhidi (asasi) kat USIM. Dulu kemain nak masuk degree, nak cepat-cepat habis Tamhidi. Sekarang ni, memori Tamhidi lah yang paling terkesan dalam hati. Serius wo, tak tipu.

Haha. Teringat masa pertama kali merasai hidup sebagai pelajar Tamhidi. Memang seronok, sangat seronok. Pelajaran tak membebankan, semuanya mudah alhamdulillah. Cuma lama-lama tu tu upgrade lah kan, assignments and tutorial sangat melelahkan. Masuk semester 2 laagi la. Cumanya, sebab dah terbiasa, jadi tak ada lah stress sangat, boleh handle. Alah bisa tegal biasa xP

And now dah habis pun.
Cuti pun dah tinggal 1 bulan lebih je lagi.
Result exam final dah keluar, alhamdulillah improved. Walaupun moderate je. Haha aku mmg moderate student, so tarahal lah :P

Haha. Result tawaran ijazah sarjana muda (bachelor degree) pun dah keluar, tinggal surat masuk mailbox rumah je.
Nah, ini lah hasilnya !

Klik untuk tumbesaran yg sihat :p

Kalau perasan, tarikh daftar tu merangkap hari jadi guwa, 2 September haha ~

Walaupun impian aku sebenarnya nak jadi doktor perubatan, tapi inilah yg terbaik yg Allah nak bagi.
Instead of Perubatan or Pergigian, Dia hadiahkan aku Bioteknologi.
Sekarang aku nak jadi pakar pemakanan (Dietitian) pulak. Doakan ye ^^
Kalau boleh nak sambung sampai pangkat Dr., at least tercapai juga impian tu walaupun bidang yg berbeza :)

Hihi beribu-ribu tahniah buat sahabat-sahabat tersayang yg dapat tawaran ijazah sarjana muda USIM juga, Maryam Nadiah (Pembedahan Pergigian), Aishah Balkis (Pengurusan Muamalat), Aainaa Mardhiah (tak ingat dah apa haha sorry, Na), Hidayah Ali Amran (Bioteknologi) dan rakan-rakan Tamhidi yg lain yg disayang kerana Allah.



Nway, ada jugak rakan rakan yg ada masalah dengan tawaran mereka. Semoga Allah permudahkan segalanya. Ingatlah, kita merancang, Allah juga merancang - Dialah jua sebaik baik perancang. ^^
Mungkin Dia nak beri sesuatu yg lebih besar dari impian kalian, yg lebih baik dari yg kalian sukai.

Okay entry ni dah panjang. Jadi mcm sesi luahan yg macam malas malas je bunyinya kahkah.
That's all.
Tolong doakan yg terbaik buat kami semua, insyaAllah kejayaan kami adalah untuk ummah, untuk Islam. Takbir ! :D


Selamat menjalani ibadah puasa.
Ramadan Kareem. Allahu akram :)

Wednesday 2 January 2013

Mati hidup semula

Hello guys, whatcha doin ? :P
Assalamualaikum.

Okay since aku baru nak mula hapdet blog yg dah lama ku tinggalkan.
Bak kata pepatah, sayang anak tangan-tangankan, sayang blog tinggal-tinggalkan. Ehh.

Haha, merepek je Dayah.

Fine, actually at the first place aku nak cerita pasal kehidupan sebagai siswi kat Universiti Sains Islam Malaysia, USIM. *Okay, tak ada lah siswi sangat, sekadar feeder USIM yang tak pernah berbakti mcm tak layak lagi je nak digelar siswi. Eh, apa ni... Patutnya doakan lah yg terbaik, bukan inferior dan emosi semacam.* :/

Back to board, first impression aku kat USIM. "Oh God, this will gonna be great !" Haha, suka betul aku bila tak duduk dekat-dekat dah dengan kawan sekolah yg bersama mereka tersemat cerita pedih dan jerih yg aku ingat nak lupakan je. Ahakz kawan apa macam aku ni. Well, nak buat macam mana perasaan macam mati hidup semula. A new life, second chance tuu !

Hari orientasi aku rapat dengan kawan sekolah rendah aku, Amal and kawan dia merangkap rommate aku, Wana. Nothing so special sbb baru lagi. Masih sejuk beku lagi, Hahakz.

Housemate mulanya mcm takut-takut nak tegur. Lelama, oh okay je diorang ni. Ada 8 orang serumah. Laila, Ein, Suli, Masitah, Ziema, Ima and Wana. Aku dpt bilik second luas tapi duk dua orang je. Heaven. ~

Habis cerita rumah.

Hari pertama, aku berdebar betul, ya lah first time datang. Dalam otak dah bayang rupa aku masa cari kat mana kelas, sesat putar sana sini mencari arah. Rupa-rupanya pagi tu Allah dah susun cantik sebuah pertemuan antara aku dan 3 orang yang kini masih menjadi rakan karib aku :)

Mereka adalah Dayah Ali, Hana dan Faseha.

Turun je tangga bas. Mata aku melilau tengok bangunan Pusat Tamhidi yg tersergam megah depan mata. Terpana kejap. Kejap je. Jantung aku dah dup dap memikirkan ada ke orang nak kawan dengan aku nanti :(

Then, ada seorang pelajar ni approach orang yg baru turun bas, sambil bertanya, "Siapa kat sini Tamhidi Science Tech Kuliah 3 ?". Ehhh, aku lah tuuu. Aku terus angkat tangan macam nak bagi salam kat pak guard. Yes dah jumpa kawan ! ^^.

Nak kata kebetulan, Marr kata kat dunia ni tak ada kebetulan, so aku anggap ni takdir. Ya, takdir. Ditakdirkan orang yang turun selepas aku adalah Hana dan Dayah Ali. Diorang pun sambut pertanyaan budak perempuan tu, Faseha. Kemudian, bermulalah taaruf dan bibit bibit persahabatan kami :)

Ni gambar pertama kitorang :
Muka suci je xD hahaha
Percaya atau tidak, kitorang still rapat sampai sekarang even tak sama kelas tutorial and Seha dah pun pindah pergi Jordan. :')
And lepas tu aku try lah cari yg sama tutorial dengan aku, tutorial 13. Payah benor. Jumpa lah sorang, nama dia Najla. Boleh tahan, asal boleh masuk dah lerr :PP

Okay, now start pasal budak tutorial aku.
First kelas, sebelum masuk, kitorang berdiri kat luar dulu. Ha ye lah first time, takkan main aci redah je. Masih bersopan santun. Ahaks.

Time ni pulak aku try nak pancing kawan baru. Yelah kitorang berempat tak sama tutorial. Hana dengan Dayah Ali je sama, tutorial 11. Aku tertarik pada seorang budak perempuan ni, dia tinggi, muka mcm org 'speaking'. Dia seorang je, so ada can laah, haha. Aku try approach dia. Senyum. "Hai, nama siapa ? Sorang je?". "Hai, Adrina. Ha ah, sorang je. Awak?", "Hidayah.". 

Okay, baru nak bersembang panjang, semua nak masuk kelas dah, aku pun cecepat ajak Najla masuk kelas. Masa nak duduk tu, aku reserve kan satu seat utk Adrina tadi. Masa dia masuk aku lambai kat dia. Okay, sorang lagi kawan aku. Happy nya ^^

Hari pertama, sesi taaruf. Macam biasa. Ada sesi fotografi first week tu. Pandai depa cari time nak snap gambar time muka belum start kedut stress dan masih suci. Hahaha.

Bersinar terang~ hihihi


Lepas tu, lama lama dah break the ice between the group members. And kitorang dah rapat macam satu family even the Heroes ada 5 je. Total up semua ada 26 time tu kalau tak silap. The largest group yang ada. Bangga tak ? Ntah la :p

Group aku ni unik sikit. Sebab ada seorang yg lebih senior, kak Lin aku panggil dia. Dia tangguh satu batch sbb masalah kesihatan. Tapi dia pandai woo. One thing, aku tertarik kat sorang mamat tutorial aku, nama dia Anwaar. Dia study kat Brunei and dia agak lincah dan pandai. Tup tup, aku teringat Faiq cousin aku kat Brunei juga. Sejibik gak perangai diorang. Comel pulak. Haha. Okay, dia dah pindah Tamhidi Perubatan, sekali dengan Zuhdi. Ah. Apa aku peduli ? -______- 

One thing, aku jumpa raaamai kawan lama Sekolah Rendah Islam Hira' dulu. Aainaa, Wafa, Aqilah, Farah, Amal, and the rest tak hingat.

Exam final sem 1 pun, biasa je, takat layak masuk celah buku -,-

Itu semester 1,
semester 2 lain pula ceritanya.

Tutorial still sama. Tapi Dayah Ali dengan Hana terpaksa berpisah. Haha, akhirnya terpisah gak diorang. Cukup lah dah serumah, sekuliah. 
Kak Lin pun dah tersingkir drpd kuliah 3 ke kuliah 1. Weh, sedih gila kut pasal aku baru je nak rapat dgn dia :'( And ada lagi dua org member 13 yg kena tarik ke tutorial lain. Tak apa. Life must go on.

So, now heading to the final exam as Tamhidian. Kena struggle lebih, target tinggi sangat~ 
Doakan aku ya :D

Tu je kut. Malas nak tulih lagi. Angpa bukannya baca pun. Perabih air tangan aku je. Eh.

Assalamualaikum ^^





Tuesday 1 January 2013

Dia milik Allah

Assalamualaikum.
Hari ni hari yang baru, permulaan hidup yang baru. Kehidupan dengan satu perubahan yang sangat besar.
Besar buat aku, malah seluruh keluarga dan sebilangan manusia yang tertentu.

Allah beri kami sekeluarga bermacam macam ujian sejak bermulanya tahun 2012. Dan Dia akhiri tahun 2012 juga dgn sebuah peristiwa yg sangat besar, yang tidak pernah diterjah oleh akal fikiran. Tak pernah dijangka akan berlaku dalam sekelip mata, secepat yang dikira.

Allah telah mengambil kembali hakNya. Dia telah memanggil adik lelaki ku pulang ke sisiNya.
Ya Allah, sungguh besar dugaan Mu buat kami. Ya Rahman, terima kasih kerana meminjamkan kepada kami seorang lelaki yg sangat hebat.

Adikku, Firdaus Syahmi Muhammad Radzi, hadirmu dalam hidup kami sebagai penyeri. Kemerduan alunan Al Quran mu menyebabkan kami rindu untuk berimamkanmu lagi. Dia telah menghadiahkanmu kepada kami untuk menghilangkan haus jiwa dengan gemersih merdu alunan suara Al Quran mu. Dengan Al Quran di dadamu, kau telah melengkapkan cita cita mama & abah untuk memartabatkan Al Quran di jiwa keluarga. Pergimu kerana kasih sayang Allah terhadapmu itu lebih besar dari kami. Sayangku, selamat tinggal. Tunggu abah, mama, kakak, adik adik, keluarga dan teman teman di sana ya. :')


Before surgery.
If I'd knew that it'll be our last real conversation, I'd say I love you, more than you do.

Semoga pemergianmu dapat memberi sejuta hikmah kepada semua. 



Apabila Allah ambil daripadamu sesuatu yang kamu tak sangka kamu kehilangannya, pasti suatu hari nanti dia akan berikan kepadamu sesuatu yang kamu tak sangka yang kamu akan memilikinya." 
- Sheikh Mutawalli As Syarawi Rahimahullah -