Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada memerimaku. Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling bantu membantu memikul amanah dakwah agamaMu. Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai atas landasan redhaMu, teguhnya atas cinta padaMu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu. Ya Allah, bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amin.


Friday 12 July 2013

End of Transition, Starting For Real

Assalamualaikum, well hello there world !

Hmm, zaman transition dah berlalu. Sekejap rasanya setahun Tamhidi (asasi) kat USIM. Dulu kemain nak masuk degree, nak cepat-cepat habis Tamhidi. Sekarang ni, memori Tamhidi lah yang paling terkesan dalam hati. Serius wo, tak tipu.

Haha. Teringat masa pertama kali merasai hidup sebagai pelajar Tamhidi. Memang seronok, sangat seronok. Pelajaran tak membebankan, semuanya mudah alhamdulillah. Cuma lama-lama tu tu upgrade lah kan, assignments and tutorial sangat melelahkan. Masuk semester 2 laagi la. Cumanya, sebab dah terbiasa, jadi tak ada lah stress sangat, boleh handle. Alah bisa tegal biasa xP

And now dah habis pun.
Cuti pun dah tinggal 1 bulan lebih je lagi.
Result exam final dah keluar, alhamdulillah improved. Walaupun moderate je. Haha aku mmg moderate student, so tarahal lah :P

Haha. Result tawaran ijazah sarjana muda (bachelor degree) pun dah keluar, tinggal surat masuk mailbox rumah je.
Nah, ini lah hasilnya !

Klik untuk tumbesaran yg sihat :p

Kalau perasan, tarikh daftar tu merangkap hari jadi guwa, 2 September haha ~

Walaupun impian aku sebenarnya nak jadi doktor perubatan, tapi inilah yg terbaik yg Allah nak bagi.
Instead of Perubatan or Pergigian, Dia hadiahkan aku Bioteknologi.
Sekarang aku nak jadi pakar pemakanan (Dietitian) pulak. Doakan ye ^^
Kalau boleh nak sambung sampai pangkat Dr., at least tercapai juga impian tu walaupun bidang yg berbeza :)

Hihi beribu-ribu tahniah buat sahabat-sahabat tersayang yg dapat tawaran ijazah sarjana muda USIM juga, Maryam Nadiah (Pembedahan Pergigian), Aishah Balkis (Pengurusan Muamalat), Aainaa Mardhiah (tak ingat dah apa haha sorry, Na), Hidayah Ali Amran (Bioteknologi) dan rakan-rakan Tamhidi yg lain yg disayang kerana Allah.



Nway, ada jugak rakan rakan yg ada masalah dengan tawaran mereka. Semoga Allah permudahkan segalanya. Ingatlah, kita merancang, Allah juga merancang - Dialah jua sebaik baik perancang. ^^
Mungkin Dia nak beri sesuatu yg lebih besar dari impian kalian, yg lebih baik dari yg kalian sukai.

Okay entry ni dah panjang. Jadi mcm sesi luahan yg macam malas malas je bunyinya kahkah.
That's all.
Tolong doakan yg terbaik buat kami semua, insyaAllah kejayaan kami adalah untuk ummah, untuk Islam. Takbir ! :D


Selamat menjalani ibadah puasa.
Ramadan Kareem. Allahu akram :)

6 comments:

  1. hey...hey...
    lupe kn mention kite di sini...
    :D

    ReplyDelete
  2. Kang aku mention, berderet nak mintak mention jugak hahaha :p Thanks sudi jengah.

    ReplyDelete
  3. One thing, banyak nye animation kat blog ni, lambat loading, harap, dapat buat pape, almaklumlah, komputer ni elok, tp kalau internet lembab, mmg lambat nak bukak . . =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, lah yeke. Tapi aku nmpk 3 je animation. Nway, thanks for the suggestion :P

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete