Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada memerimaku. Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling bantu membantu memikul amanah dakwah agamaMu. Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai atas landasan redhaMu, teguhnya atas cinta padaMu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu. Ya Allah, bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amin.


Tuesday 24 June 2014

YTAR Selection Camp for BTAR

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Okay, baru baru ni aku ditakdirkan tercalon dalam list 150 orang calon calon penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) under Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) & dipanggil untuk hadiri kem 3 hari (Jumaat-Ahad) kat ILSAS, Bangi. The fun part is, program tu in le middle of final exam yang mana hari Khamis dan Isnin aku ada paperr. Stress.

Untuk dapat BTAR, agak mencabar lah juga sebab banyak saringan. So, program penilaian dan pemerhatian calon penerima BTAR ni cuma salah satu daripada stages yang perlu dilalui dimana jika anda layak, anda akan dipanggil ke stage yg seterusnya i.e interview dengan pihak YTAR. Tuddia.

Okay, kat sini, aku berniat nak kongsi pengalaman berprogram selama 3 hari ni. Bukan apa, masa mula mula aku nak prepare untuk program ni, punyalah susah nak cari testimoni/review yang bercerita pasal program ni. Harapnya sedikit sebanyak boleh beri gambaran tentang apa program ni sebenarnya? Haha. 

Disebabkan program ni untuk 150 orang sahaja bagi penuntut universiti seluruh Malaysia, so calon yang terpilih dari USIM cuma 4 orang ; Aku, Haida, Hamirul & Zatul. 

Program ni start dalam pukul 3.35pm gitu, pendaftaran start pukul 3.00pm. Rasanya sebab nak bagi ruang untuk muslimin solat Jumaat. Punya lah cuak, kitorang datang awal. Haha.   

Then, tunggu la calon calon lain muncul memenuhkan dewan siap ada yang bawak parents sekali, haha. Petang tu start dengan sesi ujian. Kami diminta untuk jawab beberapa test, ada 3 part. Part awal pasal pengetahuan am, sejarah, math sikit (tak payah sesusah nak bawak kalkulator saintifik bagai, haha), pastu apa lagi ntah dah lupa. Lepas tu, part esei, ada 2 esei, both English and Malay. Then, ujian akhir aku tak tahu nak cakap macam mana tapi aku syak dia nak kenali personaliti kita macam mana kot. Mungkin lah.

Malam tu pula, ada talent show.  Ada yang siap bawak keyboard, violin, bola, drawings, tak kurang juga yang bawa kelunakan vokal memasing. Aku? Melakar khat je la yang aku boleh fikir time tu, tu pun ketar ketar. Haha yelah, dah lewat malam pun turn aku tu. Aku pun ada terfikir nak menyanyi, tapi tak jadi lah. Buat malu je nanti. Haha. So, beberapa calon dipanggil ke dewan sebelah, while yang lain tunggu turn sambil disajikan sedikit tayangan bagi mengubati rasa cuak yang bergelora. Luls. Anyway, bagi aku part talent show tu best juga, hehe.

Keesokan harinya, kami diminta untuk pakai baju jersi merah yang YTAR dah sediakan & di-sort ke dalam kumpulan (multi-racial), untuk aktiviti indoor & outdoor yang mana memerlukan kreativiti & toleransi yang tinggi. Mencabar juga, sebab semua orang nak menonjol, jadi agak havoc la~ haha. 

Ni gambar group aku sekitar aktiviti indoor. Dari kanan, Jac, 2 orang assessor, then 2 orang aku tak ingat la nama hm, aku, A'isyah, belakang tu sape tak nampak, Adilla, Ainina, Awang, Elyssa, tak ingat nama lagi, Alvin, Syazwan & Kathy.
  
Group 3 :)

Then, malam tu ada aktiviti indoor pulak. Aktiviti ni kena kreatif juga, perlu mencipta & berfikir macam mana nak cipta sesuatu dengan memenuhi kriteria yang dia bagi. Also, kena kreatif lah nak menjawab soalan daripada assessors. 

On the last day, kami diminta untuk pakai tshirt warna biru. Ada satu aktiviti, sebelum lunch and balik. Yang ni tak ada dah grouping, individual. Time ni, kami diminta untuk masuk dalam dewan yg ada 16 orang assessors, setiap orang akan di interview oleh assessors yang berlainan selama 2 minit tiap seorang, lepas 2 minit, kena bergerak kepada assessors yang lain. Quite interesting, soalan pun ada yang mencabar. Apa apa hal, kena prepare lah, sebab lain assessors tu lain soalannya. Kena pandai tackle. Cewah. Haha. 

Overall, program ni best sebab aktivitinya tak lah sama macam program kepimpinan yang lain. And makanan agak mewah dengan 6 kali sehari. Kenyang nya tak payah cakap la. Haha. Dan juga, boleh berkenalan dengan rakan dari bangsa dan agama yang lain. 

Apa pun, sebelum datang program kena prepare ilmu & mental. Sebab program ni bukan program biasa biasa. Setiap calon adalah competitor kepada calon yang lain.

One thing yang aku dapat dalam program ni, one statement yang cukup jelas dalam minda aku sampai sekarang, before aku habiskan entri ni.

As a student, you have the every right to do mistakes. It is the time for you to do lots of mistakes without being blamed and learn through it, before you start to build your career in the real world afterwards. But, there's one mistake that you could never done ; assume. Don't ever assume something.  

That's all for today.
Semoga berjaya ke peringkat seterusnya kepada rakan rakan seperjuangan. :D
Salam Ramadan.

P/s: oh ya, baru perasan last entri aku Ramadan yang lepas. Setahun juga la blog ni berhabuk. Haha.



25 comments:

  1. Contoh soalan accessors masa last day tu? :) boleh share sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha soalannya vary. ikut assessor tu nak tanya apa based on apa yg awak jawab. ada isu semasa dll.

      Delete
  2. Boleh share sikit tak contoh bentuk soalan yg accessors tu tanya? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha soalannya vary. ikut assessor tu nak tanya apa based on apa yg awak jawab. ada isu semasa dll.

      Delete
  3. Jadi sepanjang program tu kita pakai pakaian yang disediakan oleh ytar la ye? And x perlu bawa banyak baju la kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. YTAR bagi satu je baju, utk hari yg ada oudoor activity. bawa baju casual je :) and mungkin satu formal.

      Delete
  4. Bwk bju kurung utk masa balik je kut. Nk bgi nmpk formal masa closing tu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, nk tny. Regarding attire utk this kem, dftar jumaat tu pakai bju ape ye? And lpas dftar, baju2 that we will wear for the whole camp are baju yg disediakan ke?

    And you did mention "ada aktiviti indoor pulak" so there'll be outdoor activities ? Just wondering sbb the venue stated is hotel. Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. kem ni sy rasa terpulang pada sesi pengambilan tu, sebab masa time sy, kem tu buat di ILSAS sahaja dan mungkin pengisian tak sama. ada program outdoor dan indoor. pakai baju casual pun boleh, tak perlu baju formal sangat pun.

      Delete
  6. Hye, laptop nk kna bwk kew? :o

    ReplyDelete
  7. Mcm x kena bwk je laptop. X perlu rasanya

    ReplyDelete
  8. orait... thxx ^^!!

    ReplyDelete
  9. Assalam awk, nak tnya. Yg tempat tinggal kan, bilik tu skali ngan penerima yg lain lah ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. Hai, im also from usim! I just got the call for btar interview tomorrow, can u share the questions that will be ask at the interview cause i do nt have any guider rn. ��

    ReplyDelete
  11. rasanya soalan random, depends on what points you bring to them. make sure tahu pasal universiti sendiri and other common details

    ReplyDelete
  12. on behalf of the author, sorry that she might not able to response to your comments as dia jarang buka blog. she's very sorry. good luck for your YTAR application!

    ReplyDelete
  13. hi, mind asking. do we need to speak in english during the camp????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Em, sorry mcm dah ingat ingat lupa. If I'm not mistaken, yes need to speak english.

      Delete
  14. Hi there. Usually how long will it take for them to select for the interview btar? Will it take about a month? Concerned since having final exam at that time

    ReplyDelete
  15. hi.. i am from USIM too.. any advice to be chosen by USIM for this scholarship because i was called by USIM this Monday.. i really hope that USIM will choose me.. any tips?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sorry for the late reply, as I don't casually checked on my blog. Just be yourself and have a reasonable confidence. I'm not sure if it's the same system since my batch was in 2014. Act naturally and choose your words carefully. Good luck! :)

      Delete
  16. Hi sebelum dipanggil ke kem ini adakah awak telah menjalani saringan penulisan esei dan temuduga dahulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi boleh saya tahu proses permohonan BTAR awak?

      Delete