Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada memerimaku. Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling bantu membantu memikul amanah dakwah agamaMu. Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai atas landasan redhaMu, teguhnya atas cinta padaMu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu. Ya Allah, bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amin.


Saturday 28 August 2010

Gadis Idaman ♥

Gadis itu...

Wajahnya berona NUR IMAN.

Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN.

Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN.

Dialah puteri indah RUPAWAN.

Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,

Dia selesa bersama CINTA-NYA

Tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA,

Dia tekun dengan BAIT kata TUHANnya...

Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,

Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba...

Gadis itu seperti MAWAR BERDURI

Indah dipandang namun sukar DIPEGANG

Mulianya kerana KETAQWAAN

Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA

Kerana itulah dikatakan dialah

GADIS IDAMAN





No comments:

Post a Comment