Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada memerimaku. Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling bantu membantu memikul amanah dakwah agamaMu. Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai atas landasan redhaMu, teguhnya atas cinta padaMu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu. Ya Allah, bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amin. ♥
Monday, 24 December 2018
My Life Goals!
I learnt that writing our own life target will helps us making it a reality.
Therefore, I would like to write my own life goals for my own reminder and self-checking!
Bismillahirrahmanirrahim.
❤️
[MY LIFE GOALS]
1. Got MSc at 26 years old.
2. Got PhD in Genetical Engineering and Nutrition at 30 years old from overseas/local RU.
3. Get a permanent job in government sector at 27 years old. A suitable and lovely job as a researcher.
4. Have own minimalist/vintage-concept bungalow at 35 years old.
5. Have 5 kids at 35 years old.
6. Have a stable and steady financial income from 28 years old.
7. Own cars by cash at 31 years old.
8. Buat umrah with husband, parents, adik2 before 30 years old.
9. Maintain an ideal body and keep slim even until 70 years old.
10. Visit many countries with husband and family such as Turkey, New Zealand, Kashmir, UK, Canada, European countries, before 40 years old.
11. Have a pilot license at 40 years old.
12. Get professorships in Genetics studies and nutrition before 50 years old.
13. Have my own nursery before 50 years old.
14. My husband will have a big and steady business/firm before 35 years old.
15. My kids will study in the best school with proper Islamic environment.
16. Have grandchildren at 50 years old.
17. Give mama and abah, ibu and ayah a big and lovely house at 45 years old.
18. Do sadaqah every week.
19. Become an influencer in environment, health and humanity before 50 years old.
20. Bring ibu ayah to Hajj at 36 years old.
21. Own an orphanage/welfare foundation at 49 years old.
22. Maintain participation in an Islamic reminder circle (usrah/halaqah/online community).
23. Own an aquascape aquarium somewhere in my house.
Tak salah untuk berimpian kan? hehe.
Semoga tercapai hendaknya, insyaallah 😄
Tuesday, 24 June 2014
YTAR Selection Camp for BTAR
![]() |
| Group 3 :) |
As a student, you have the every right to do mistakes. It is the time for you to do lots of mistakes without being blamed and learn through it, before you start to build your career in the real world afterwards. But, there's one mistake that you could never done ; assume. Don't ever assume something.
P/s: oh ya, baru perasan last entri aku Ramadan yang lepas. Setahun juga la blog ni berhabuk. Haha.
Friday, 12 July 2013
End of Transition, Starting For Real
Hmm, zaman transition dah berlalu. Sekejap rasanya setahun Tamhidi (asasi) kat USIM. Dulu kemain nak masuk degree, nak cepat-cepat habis Tamhidi. Sekarang ni, memori Tamhidi lah yang paling terkesan dalam hati. Serius wo, tak tipu.
Haha. Teringat masa pertama kali merasai hidup sebagai pelajar Tamhidi. Memang seronok, sangat seronok. Pelajaran tak membebankan, semuanya mudah alhamdulillah. Cuma lama-lama tu tu upgrade lah kan, assignments and tutorial sangat melelahkan. Masuk semester 2 laagi la. Cumanya, sebab dah terbiasa, jadi tak ada lah stress sangat, boleh handle. Alah bisa tegal biasa xP
And now dah habis pun.
Cuti pun dah tinggal 1 bulan lebih je lagi.
Result exam final dah keluar, alhamdulillah improved. Walaupun moderate je. Haha aku mmg moderate student, so tarahal lah :P
Haha. Result tawaran ijazah sarjana muda (bachelor degree) pun dah keluar, tinggal surat masuk mailbox rumah je.
Nah, ini lah hasilnya !
![]() |
| Klik untuk tumbesaran yg sihat :p |
Kalau perasan, tarikh daftar tu merangkap hari jadi guwa, 2 September haha ~
Walaupun impian aku sebenarnya nak jadi doktor perubatan, tapi inilah yg terbaik yg Allah nak bagi.
Instead of Perubatan or Pergigian, Dia hadiahkan aku Bioteknologi.
Sekarang aku nak jadi pakar pemakanan (Dietitian) pulak. Doakan ye ^^
Kalau boleh nak sambung sampai pangkat Dr., at least tercapai juga impian tu walaupun bidang yg berbeza :)
Hihi beribu-ribu tahniah buat sahabat-sahabat tersayang yg dapat tawaran ijazah sarjana muda USIM juga, Maryam Nadiah (Pembedahan Pergigian), Aishah Balkis (Pengurusan Muamalat), Aainaa Mardhiah (tak ingat dah apa haha sorry, Na), Hidayah Ali Amran (Bioteknologi) dan rakan-rakan Tamhidi yg lain yg disayang kerana Allah.
Nway, ada jugak rakan rakan yg ada masalah dengan tawaran mereka. Semoga Allah permudahkan segalanya. Ingatlah, kita merancang, Allah juga merancang - Dialah jua sebaik baik perancang. ^^
Mungkin Dia nak beri sesuatu yg lebih besar dari impian kalian, yg lebih baik dari yg kalian sukai.
Okay entry ni dah panjang. Jadi mcm sesi luahan yg macam malas malas je bunyinya kahkah.
That's all.
Tolong doakan yg terbaik buat kami semua, insyaAllah kejayaan kami adalah untuk ummah, untuk Islam. Takbir ! :D
Selamat menjalani ibadah puasa.
Ramadan Kareem. Allahu akram :)
Wednesday, 2 January 2013
Mati hidup semula
Assalamualaikum.
Okay since aku baru nak mula hapdet blog yg dah lama ku tinggalkan.
Bak kata pepatah, sayang anak tangan-tangankan, sayang blog tinggal-tinggalkan. Ehh.
Haha, merepek je Dayah.
Fine, actually at the first place aku nak cerita pasal kehidupan sebagai siswi kat Universiti Sains Islam Malaysia, USIM. *Okay, tak ada lah siswi sangat, sekadar feeder USIM yang tak pernah berbakti mcm tak layak lagi je nak digelar siswi. Eh, apa ni... Patutnya doakan lah yg terbaik, bukan inferior dan emosi semacam.* :/
Back to board, first impression aku kat USIM. "Oh God, this will gonna be great !" Haha, suka betul aku bila tak duduk dekat-dekat dah dengan kawan sekolah yg bersama mereka tersemat cerita pedih dan jerih yg aku ingat nak lupakan je. Ahakz kawan apa macam aku ni. Well, nak buat macam mana perasaan macam mati hidup semula. A new life, second chance tuu !
Hari orientasi aku rapat dengan kawan sekolah rendah aku, Amal and kawan dia merangkap rommate aku, Wana. Nothing so special sbb baru lagi. Masih sejuk beku lagi, Hahakz.
Housemate mulanya mcm takut-takut nak tegur. Lelama, oh okay je diorang ni. Ada 8 orang serumah. Laila, Ein, Suli, Masitah, Ziema, Ima and Wana. Aku dpt bilik second luas tapi duk dua orang je. Heaven. ~
Habis cerita rumah.
Hari pertama, aku berdebar betul, ya lah first time datang. Dalam otak dah bayang rupa aku masa cari kat mana kelas, sesat putar sana sini mencari arah. Rupa-rupanya pagi tu Allah dah susun cantik sebuah pertemuan antara aku dan 3 orang yang kini masih menjadi rakan karib aku :)
Mereka adalah Dayah Ali, Hana dan Faseha.
Turun je tangga bas. Mata aku melilau tengok bangunan Pusat Tamhidi yg tersergam megah depan mata. Terpana kejap. Kejap je. Jantung aku dah dup dap memikirkan ada ke orang nak kawan dengan aku nanti :(
Then, ada seorang pelajar ni approach orang yg baru turun bas, sambil bertanya, "Siapa kat sini Tamhidi Science Tech Kuliah 3 ?". Ehhh, aku lah tuuu. Aku terus angkat tangan macam nak bagi salam kat pak guard. Yes dah jumpa kawan ! ^^.
Nak kata kebetulan, Marr kata kat dunia ni tak ada kebetulan, so aku anggap ni takdir. Ya, takdir. Ditakdirkan orang yang turun selepas aku adalah Hana dan Dayah Ali. Diorang pun sambut pertanyaan budak perempuan tu, Faseha. Kemudian, bermulalah taaruf dan bibit bibit persahabatan kami :)
Ni gambar pertama kitorang :
![]() |
Muka suci je xD hahaha
|
![]() |
| Bersinar terang~ hihihi |
Tuesday, 1 January 2013
Dia milik Allah
Hari ni hari yang baru, permulaan hidup yang baru. Kehidupan dengan satu perubahan yang sangat besar.
Besar buat aku, malah seluruh keluarga dan sebilangan manusia yang tertentu.
Allah beri kami sekeluarga bermacam macam ujian sejak bermulanya tahun 2012. Dan Dia akhiri tahun 2012 juga dgn sebuah peristiwa yg sangat besar, yang tidak pernah diterjah oleh akal fikiran. Tak pernah dijangka akan berlaku dalam sekelip mata, secepat yang dikira.
Allah telah mengambil kembali hakNya. Dia telah memanggil adik lelaki ku pulang ke sisiNya.
Ya Allah, sungguh besar dugaan Mu buat kami. Ya Rahman, terima kasih kerana meminjamkan kepada kami seorang lelaki yg sangat hebat.
Adikku, Firdaus Syahmi Muhammad Radzi, hadirmu dalam hidup kami sebagai penyeri. Kemerduan alunan Al Quran mu menyebabkan kami rindu untuk berimamkanmu lagi. Dia telah menghadiahkanmu kepada kami untuk menghilangkan haus jiwa dengan gemersih merdu alunan suara Al Quran mu. Dengan Al Quran di dadamu, kau telah melengkapkan cita cita mama & abah untuk memartabatkan Al Quran di jiwa keluarga. Pergimu kerana kasih sayang Allah terhadapmu itu lebih besar dari kami. Sayangku, selamat tinggal. Tunggu abah, mama, kakak, adik adik, keluarga dan teman teman di sana ya. :')
![]() |
| Before surgery. If I'd knew that it'll be our last real conversation, I'd say I love you, more than you do. |
Semoga pemergianmu dapat memberi sejuta hikmah kepada semua.
Apabila Allah ambil daripadamu sesuatu yang kamu tak sangka kamu kehilangannya, pasti suatu hari nanti dia akan berikan kepadamu sesuatu yang kamu tak sangka yang kamu akan memilikinya."
- Sheikh Mutawalli As Syarawi Rahimahullah -
Tuesday, 22 May 2012
Rungutan
Reti merungut tapi tak reti nak sedar. Dia tu dah cukup baik dengan kita, kasi kita tinggal kat bumi ni, kat dunia ni. Kita pula asyik duk buat benda yg dah memang terlarang, asyik duk berfoya sana sini tanpa fikir apa akibat, consequence, risiko atas perbuatan kita. Yang kita tahu makan, minum, tidur, keje setiap hari. Nak ingat Dia pun susah. Bila datang ujian Dia, mulalah menikus, terhegeh hegeh nak cari Dia. Apa kau inagt dia tu macam first aid kit ? Bila susah je baru cari ?
Ya, aku pun macam tu. Aku tak nafikan malah aku mengiyakan. Aku ada salah, ada khilaf, selalu lupa kat Dia. Aku pun manusia mcm kauu. Tak maksum. Tapi kita sebagai manusia kena ingat, setiap pekerja wajib ikut apa kata majikan, setiap anak wajib ikut perintah ibu bapa, setiap hamba wajib ikut perintah tuannya and setiap makhluk wajib taat suruhan Tuhannya. Aku pun banyak salah, aku pun ada banyak masalah mcm kau. Masalah hati la paling kronik, masalah iman, jiwa, perasaan, masalah kewangan and segala jenis macam. Aku pun kadang kadang rasa mcm Allah tak sayang aku.
Tapi akhirnya aku sedar, Dia buat mcm ni sebab Dia nak aku cari jalan penyelesaian, usaha cari Dia, berharap pada Dia. Bukan mengharap kpd manusia yg memang tak sempurna. Dia sebenarnya sayang aku, kau. Dia tak nak tengok kita end up kat neraka. Dia nak kita tinggal kat syurga. Aku tak salahkan kau sepenuhnya kenapa kau jadi macam tu. Aku pun salah kalau aku biarkan kau dengan masalah kau. Aku cuba nak tolong. Tp tolong jgn terlalu berharap pada aku, aku cuma manusia lemah, hina. Kalau kau rasa doa kau Allah tak nak pandang, apa yg buat kau rasa Allah akan pandang doa aku ? Apaa ?
Hidup, ajal, jodoh, tu semua rahsia Allah. Jangan buat macam aku tahu segalanya. Aku bukan manusia sempurna. Aku takut dengan satu kesalahan yg aku buat, kau akan terus hilang percaya terhadap jalan Allah, jalan tarbiyah yg aku sedang lalui. Kalau boleh, diri kita sendiri kena sedar dulu, buat perubahan, sikit pun tak apa asalkan usaha. Jangan bergantung pada orang lain utk selesaikan masalah kau.
Aku tahu sebenarnya Allah hantar kau dengan masalah kau kpd aku sebab Dia nak beri hidayahNYA melalui kau. Aku sedar yg aku dah banyak lalai and menjauh daripadaNYA. Aku bersyukur sebab Allah dah dengar doa aku :')
Kau pula, jangan putus asa. Have faith, believe. The day will come. Kau akan rasa yang pertolongan Allah tu sentiasa dekat asalkan kita betul betul ikhlas buat keranaNYA. Percaya lah :)
Sunday, 5 February 2012
Ya Muslimin, Shallu 'Alaihh !
Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Muslim di dunia yg fana ni. Eventhough, aku tahu bukan semua orang baca and boleh faham apa aku nak sampaikan, lebih lebih lagi mereka yang tak ada basic Bahasa Melayu. Tapi aku tak kira, aku nak cakap jugaaaa ! Hihi. By the way, dalam salah satu Hadis Baginda ada menyatakan, dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam bersabda:
Sampaikan dariku walau satu ayat.
K sebenarnya post ni ter-awal sehari sebelum tarikh sebenar Maulidur Rasul, tapi tak apa lah, aku proceed je kay. K tahun ni Maulidur Rasul jatuh pada tarikhhh : 6 Februari 2012 M bersamaan 12 Rabiulawal 1433 H.
Sebagaimana yg kita semua dah sedia maklum, Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam merupakan seorang utusan Allah, rasul dakwah, rasul tarbiyah yg sayang sangat sangat pada umatnya, bahkan waktu malaikat maut datang nak cabut ruh Rasulullah, Baginda risau sangat sangat tentang nasib umatnya. Siapa umatnya ? Kita lah ! Tapi apa yg kita dah buat utk balas kasih sayang Baginda terhadap kita ?
Cuba eh, korang bayangkan. Korang sayang sangat sangat kat someone ni, bahkan time korang sakit korang risau fikir dia tu dah makan belum, sihat ke tak. Then dia tu buat tak tahuuuu je dengan korang. Tak jaga hati korang, hina korang macam macam. Apa korang rasa ? Rasa tak dihargai, kan. Sooo, kalau kita tak nak orang buat macam tu dekat kita, kita janganlah buat cenggitu kat orang. Jadi, kita kena lah balas kasih sayang Baginda dengan berselawat ke atas Baginda Sallalahu'alaihi Wasallam :)
Sambil tu, jom hayati apa mesej yg nak disampaikan dalam setiap bait lirik video ni, sambil tu kita boleh berselawat jugaaa ! *Sebelum tu, pause lah dulu lagu kat bawah tu, hihi*
Tweet : Siapa yang sayang Rasulullah, jom selawat baaaaanyak banyak !
Wednesday, 1 February 2012
Indah !
Okay, hari ni aku nak kongsi satu benda yang sangat sangat cantik. Budak perempuan suka lah benda cantik cantik macam ni. Benda ni jarang ada tau. Kalau ada pun selalunya kat kutub sana nun, nak kena naik kapal terbang, tu pun kalau ada rezeki ang jumpa lah benda indah cenggini. Ikut nasib. Ni ha benda indah tu.

Sebelum tu aku intro dulu lah macam mana cahaya ni boleh terjadi sejak akhir akhir ni. Korang pernah tak dengar pasal badai solar matahari ? Kalau tak pernah, cuba tengok post sebelum ni.
Ha, cahaya indah ni sebenarnya dikenali sebagai 'Borealis Aurora'. Aha, aku tahu mesti korang ingat lagu Aurora tu kan, ha, asal nama lagu tu dari cahaya indah ni la. Haha, korang da tertipu ni.
Ok, masuk tajuk balik.

Bumi dihujani dengan sinaran cahaya yang indah di langit pada waktu malam adalah disebabkan oleh ribut solar terbesar dalam tempoh lebih enam tahun. Pertunjukan cahaya indah ni telah dikesan kelihatan di Norway, Iceland dan UK. Borealis aurora adalah disebabkan oleh zarah dari matahari berlanggar dengan atom sehingga ke luar kawasan atmosfera bumi dari jarak 60 hingga 200 kilometer.

Keindahan cahaya ini dapat dilihat jauh hingga ke Selatan kerana letusan solar yang amat kuat telah menyebarkan zarah atau partikel. Aliran zarah ini bergerak jauh dari matahari pada kelajuan antara 1juta hingga 4 juta batu sejam mengarah ke kutub utara dan selatan bumi yang mempunyai kawasan medan magnet selepas berlakunya peristiwa-peristiwa yang dipanggil 'coronal mass ejections' pada permukaan matahari.

Hak ni aku paling suka sebab dia bird-like shape. Cantik, kan ?
Pertembungan atom elektron sama ada dengan oksigen atau nitrogen berlaku apabila mereka melanda ruang angkasa bumi menghasilkan pembentukan cahaya warna hijau, merah, biru atau ungu. Keseluruhan ruang angkasa di antara bumi dan Musytari hanya dipenuhi dengan proton menjelaskan mengapa kesan cahaya indah dapat dilihat di beberapa tempat selama beberapa hari. - Credit to Orang Muo lagi.
Ha, hebat tak hebat ciptaan ALLAH. Subhanallah :)
Tweet : Kalau boleh buat sendiri cahaya cenggini, satu rumah aku cahayakan. Hakhak !
♥
Badai Matahari, bahayakah ?
Ini post pertama aku untuk tahu dua ribu dua belas ni. Jadi aku nak start dengan apa yg tengah terjadi dengan dunia ni sekarang. Aku tahu, tak ramai yang sedar benda ni. Hakhak , ang toksah tipu aku, aku tahu tu. Eceh.
Aku selalu blogwalking dan ikuti update satu blog ni. Aku suka baca entri entri dia yang penuh dengan informasi yang kadang aku tak terfikirkan pun fasal tu. Biasalah, orang dah lama tak guna otak dia untuk cerna ilmu kadang kala nak makan pun boleh lupa, ye dak ? Hahak. Penangan Facebook la ni. Dah, melalut je lebih, mana badainya ?
Okay, meh aku kongsi apa yang aku dapat dari blog tersebut. Enjoy.

*Ni baca intonasi ala ala berita sikit.
Stanford - Ledakan matahari membuat Bumi dihujani partikel energetik dan radiasi skala tinggi. Fenomena ini akan lebih kerap terjadi dan memuncak pada tahun 2013. Peramal cuaca dari South African Space Weather Office, Kobus Olckers, menasihati masyarakat supaya tidak melakukan aktiviti di luar ruangan semasa badai berlaku kerana peningkatan aktiviti matahari menghasilkan paparan radiasi ultraviolet dalam jumlah besar. Jika terpaksa, gunakan alat pelindung suria dengan efektiviti tinggi, minimum SPF 45.
Ahli astronomi dari Stanford University Todd Hoeksema mengatakan, radiasi ultraviolet meningkat hingga ribuan kali ganda ketika terjadi ledakan matahari. Namun, jumlah itu hanya terasa ketika manusia berada di luar angkasa atau di angkasa lepas. Di permukaan bumi, jumlah radiasi ultraviolet sama dengan kondisi normal. Bagaimana bumi mengatasinya?
Manusia beruntung tinggal di Bumi yang memiliki atmosfera. Lapisan udara setebal 400 kilometer ini menahan limpahan sinar ultraviolet. Partikel di atmosfera akan memecah atau hancur dan menyerap energi berbahaya tersebut. Menurut Hoeksema, perlindungan ini dilakukan pada ketinggain 120-160 kilometer di atas permukaan Bumi. Namun, selalu ada kebocoran semasa proses ini menyebabkan berlakunya tambahan radiasi ultraviolet di permukaan bumi dan menjilat kulit manusia tetapi, ini bukan hal yang berbahaya.
"Peningkatan radiasinya minimum. Catatan sejarah menunjukkan bahwa hujan radiasi ini terjadi hanya beberapa kali ketika matahari sangat aktif sekalipun." -Credit to : Orang Muo
Tambahan sikit. Badai matahari ni boleh mengganggu radar kapal terbang dan yang seangkatan dengannya. Cuba korang bayangkan satu hari nanti dunia tanpa internet. Ha, amacam, haru kan. Ha, itu lah yang aku duk maksudkan dari awal tadi. Seram kan badai ni. Ni lah tanda tanda kiamat.
Tweet : Jadi, sama samalah kita menginsafi diri ni. Hihi.
♥
Saturday, 17 December 2011
IT'S OVER !
It's been a long time since my last post. Cubalah tengok, post terakhir aku time raya dulu kot sebelum aku start sibuk dengan SPM.
But, from now on, SPM IS OVER ! Muahaha >.<
Me : SPM, you're the dead meat now !
SPM : Really ? I'm glad to hear that.
Me : Huh ? Why don't you feel sad ?
SPM : Because I will no longer to see your gloomy faces.

SPM : See ?
Me : Ngee :3
Juga, pada tarikh 13 Disember 2011 merupakan hari terakhir kita orang beruniform purple. Kawan kawan semua pakat lepas lega sebab tak payah dah nak pakai baju purple 'kesukaan' dia orang. But, not for me :/ Aku sukaa apa pakai uniform. Best. Betul, tak tipu. *Sebab aku nampak more kurus than usual. Hhaha :P*

♥
Sunday, 24 July 2011
am I ready ?
In the name of ALLAH. The most gracious, The most merciful .
When I woke up this morning I asked myself: What are some of the secrets of
success in life? I found the answer in my room.
The Fan said - Be cool.
The Roof said - Aim high.
The Window said - See the world.
The Clock said - Every minute is precious.
The Mirror said - Reflect before you act.
The Door said - Push hard for your goals.
Don't forget, the Carpet said - Kneel down & pray :D
*pergh, ape yg carpet cakap tu, terasa kot.*
Actually, the quote is not really mine. Jumpa this thingy kat Facebook.
But, kata-kata dia woke me up.
Am I ready to face my SPM ?
What had I struggled for it ?
It looks like only a little effort that will not change anything.
Astaghfirullah.
And since kita dah nak reach August,
Am I ready to welcome my Noble guest ever ?
Who's him ??
He's RAMADHAN.
Now, almost at the end of Syaaban, and I've done nothing.
Astaghfirullah.
Ya ALLAH terangilah gelap hitam hatiku. Ya ALLAH sucikanlah hati ikhlas untuk Mu. Ya ALLAH terangilah gelap hitam jalanku. Sejuta harapan yang aku sandarkan, seberkas cahayaMu untuk terangi jalanku. Tanpa rahmat ampunMu tanpa kasih sayangMu, hampa terasa hidupku. Ku ingin bersamaMU. Dekat selalu denganMU, bahagia bersamaMU..Ampunilah khilaf salah ku Ya Muhaimin.
*credit to : Sejuta Harapan by Da'i Nada
♥
Sunday, 26 June 2011
she's gone !
ha ?! AISYAH JAMEELAH ?? biaq benar ...
ha, act dia bukannya hilang betul-betul kena culik ke kena sorok kea,
she's gone from the amazing SMiK. tak sangka dia akan pergi
*bukan meninggal tau, dia makin sihat (memontel) skang nih :P*
first kenal dgn budak ni, time form 2, tingkatan dua. time tu kenal nama je, dia manja kalau orang panggil dia Ecah. *sebab tu nama manja dia Ecah, nak tengok gambar? ade kat sebelah -->
time tu tengok-tengok, belek-belek budak ni, tade yg special ponn-.-" tapi bila dah makin lama duk jadi penunggu kat SMiK nih, aku dah makin kenal dgn budak ni. dia ni agak peramah *pot pet pot pet. and bila tenung lama-lama muka dia, tetiba terlintas impulse kat neuron neuron otak, "cantik gak la dia nih >.<"
and bila time form 3, tingkatan tiga . .
Ecah and I hadapi satu 'salah faham' but, bukan yang melibatkan Newton's Law or Periodic Table tu, it's only about.....ada'aa xP
then, our friendship fader. fuhh, time tu memang sedih ah, tak leh buat cam mana lagi dah. tapi bila dah masuk form4, form5 ni she seems can accept me, *perhaps*
now, terpaksa pisah dgn dia. dia da ada life baru kat Al-Amin.
to Ecah,
I just want you to know that I really sorry for all mistakes i've done since we're met.
No matter how you are, where are you and what do you think about me, I'll always love you.
I hope you either :)
Update:
Ya Allah, kaw lindungilah wanita ini daripada segala macam fitnah di dunia dan akhirat. jadikan lah dia salah seorang daripada bidadariMu di jannah tertinggi. Berkatilah persahabatan kami agar terpaksi di atas landasan redha dan cinta kepadaMu. Ameeen.
KAHKAH lawak giler entri aku yang satu ni.
ABAH,
hampir segala keputusan yang akak buat it is because of your 'incitement' . hehe
mohon maaf atas segala khilaf. Thank you ALLAH for bestowed me an amazing father.
Saturday, 30 April 2011
tengok, ada katak berenang !
betul lahh tu,
kalau tak percaya , tanye la cikgu biologi.
act, blood osmotic pressure yang tinggi mnyebabkan otak rasa tepu dan serabut, betul ke ?
then, itula hal yang sama dilalui oleh spm candidates like me ! (so, minumlah 10 mug air dalam masa 4jam. confirm tandas tu mengenali muke cun kita :p)susah bila kena lawan nafsu lawwamah and convert dia to nafsu muthmainnah, rite ? totally rite.
things needed ; doa banyak banyak , puasa sunat , qiyamullail , dhuha , usaha , tawakkal .
Sunday, 6 March 2011
sick,

yeah , jihad.
jangan risau, ALLAH dah janji ;
Saturday, 29 January 2011
fuhhh.
Friday, 24 December 2010
23 12 2010.

Tuesday, 21 December 2010
calendar.
salam, dah nak masuk thun baru kan, so arini nak cerite pasal kalendar. yeah, semuaorang tau ape tu kalendar kann ? kalau tade kalendar dlm idup ni, payah la kan nak kenal pasti tarikh lahir kite, tarikh mula puasa and so on. kat dunia ni, yg pling tersohor kalendar masihi la kann .




.jpg)

