Hari ni hari yang baru, permulaan hidup yang baru. Kehidupan dengan satu perubahan yang sangat besar.
Besar buat aku, malah seluruh keluarga dan sebilangan manusia yang tertentu.
Allah beri kami sekeluarga bermacam macam ujian sejak bermulanya tahun 2012. Dan Dia akhiri tahun 2012 juga dgn sebuah peristiwa yg sangat besar, yang tidak pernah diterjah oleh akal fikiran. Tak pernah dijangka akan berlaku dalam sekelip mata, secepat yang dikira.
Allah telah mengambil kembali hakNya. Dia telah memanggil adik lelaki ku pulang ke sisiNya.
Ya Allah, sungguh besar dugaan Mu buat kami. Ya Rahman, terima kasih kerana meminjamkan kepada kami seorang lelaki yg sangat hebat.
Adikku, Firdaus Syahmi Muhammad Radzi, hadirmu dalam hidup kami sebagai penyeri. Kemerduan alunan Al Quran mu menyebabkan kami rindu untuk berimamkanmu lagi. Dia telah menghadiahkanmu kepada kami untuk menghilangkan haus jiwa dengan gemersih merdu alunan suara Al Quran mu. Dengan Al Quran di dadamu, kau telah melengkapkan cita cita mama & abah untuk memartabatkan Al Quran di jiwa keluarga. Pergimu kerana kasih sayang Allah terhadapmu itu lebih besar dari kami. Sayangku, selamat tinggal. Tunggu abah, mama, kakak, adik adik, keluarga dan teman teman di sana ya. :')
Before surgery. If I'd knew that it'll be our last real conversation, I'd say I love you, more than you do. |
Semoga pemergianmu dapat memberi sejuta hikmah kepada semua.
Apabila Allah ambil daripadamu sesuatu yang kamu tak sangka kamu kehilangannya, pasti suatu hari nanti dia akan berikan kepadamu sesuatu yang kamu tak sangka yang kamu akan memilikinya."
- Sheikh Mutawalli As Syarawi Rahimahullah -
Innalillah Wainna Ilaihi Raji'un
ReplyDelete