Gadis itu...
Wajahnya berona NUR IMAN.
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN.
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN.
Dialah puteri indah RUPAWAN.
Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
Dia selesa bersama CINTA-NYA…
Tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA,
Dia tekun dengan BAIT kata TUHANnya...
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba...
Gadis itu seperti MAWAR BERDURI
Indah dipandang namun sukar DIPEGANG
Mulianya kerana KETAQWAAN
Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA
Kerana itulah dikatakan dialah
GADIS IDAMAN